COMPARE

MY CART

Hi,Welcome to 28MALL [Login] [Register] Grab HongBao

144640

0 CART

Total 0 items, 0.

Checkout

No items in the Cart. Shop NOW!

Malaysia online shopping & Hong Kong online shopping mall for Genuine Brands

28Mall.com anjur Karnival

KarangKraf - July 15, 2018

PLATFORM membeli belah atas talian merentas sempadan, 28Mall.com, akan melancarkan Karnival dan Anugerah Individu Berpengaruh Asia (AICA) 2018 pada 17 Julai di Kuala Lumpur, bagi memperkenalkan pemilik perniagaan kepada kuasa pemasaran individu berpengaruh.

Karnival ini akan menampilkan individu berpengaruh seperti model selebriti Amber Chia, pemandu drift Ashley Wong dan Lin Yuan Shan dari China yang mempunyai 2.3 juta peminat, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Penceramah lain termasuk Kenny Ong, Pengarah Urusan Kumpulan Muzik Universal, Fione Tan, Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com dan 28Mall.com, dan Garry Chua, Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia.

Acara makan malam gala dan pertandingan akhir ratu turut diadakan pada karnival tersebut.

Mereka yang berminat untuk menyertai boleh mendaftar di www.AsiaInfluencers.com dengan kod E1NET untuk mendapatkan diskaun 50 peratus (terhad kepada lapan tiket sahaja) atau hubungi 03-2284 6418 untuk pertanyaan lanjut.

28Mall.com anjur Karnival by KarangKraf

Prev: Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018 Next: 28Mall.com and Amber Chia to raise funds for Tabung Harapan