COMPARE

MY CART

Hi,Welcome to 28MALL [Login] [Register] Grab HongBao

143492

0 CART

Total 0 items, 0.

Checkout

No items in the Cart. Shop NOW!

Malaysia online shopping & Hong Kong online shopping mall for Genuine Brands

Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018

Sayang Sabah - July 23, 2018

KUALA LUMPUR – Ketangkasan, kemahiran kung fu dan bakat menari yang dimiliki Chai Shu Wen, 20, dari Kota Kinabalu, Sabah, membolehkannya dimahkotakan sebagai Miss Talent International Malaysia (MTICM) baru-baru ini.

"Saya tidak pernah menjangka ini berlaku. Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur, 28Mall.com dan para hakim yang memberikan saya peluang untuk mewakili Malaysia," kata Chai.

Beliau akan mewakili Malaysia di pertandingkan peringkat global di China pada September ini.

Catherine Soon Zhi Ling, 28, penyanyi dan guru nyanyian dari Pulau Pinang dan Joey Wong Joo Yee, 21, siswazah perakaunan dari Kuala Lumpur, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Pertandingan Miss Talent Antarabangsa mula diadakan pada 2014 dan merupakan pertandingan ratu cantik utama di Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif 28Mall.com dan penganjur MTICM Fione Tan berkata, finalis berpeluang dibimbing sebagai individu berpengaruh dalam rangkaian sosial untuk platform membeli belah atas talian merentas sempadan itu.

Para pemenang menerima wang tunai dan hadiah bernilai RM128,000 termasuk latihan pemasaran internet eOneNet.com untuk menjadi pengantara dan usahawan dalam talian.

Antara yang menjadi hakim peringkat akhir pertandingan itu ialah Harrace Lau, pengasas bersama 28Mall, ratu eOneNet, Karen Chan dan jurugambar 3D Patrick Low. - Bernama

Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018 by Sayang Sabah

Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018 by Sayang Sabah

Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018 by Sayang Sabah



Prev: 28Mall.com's AICA achieves over 10 Million views Next: Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018